Pages

Tuesday, November 23, 2010

Ribuan ikan tilapia dibakar




SEORANG penunggang motosikal melalui kawasan tempat pembakaran ribuan ikan tilapia di bandar Buluan semalam.


BANDAR BULUAN, Filipina - Sejumlah penduduk membakar ribuan ikan tilapia sejauh empat kilometer di sini semalam.
Pentadbiran tempatan di bandar itu yang terletak di wilayah Maguindanao, Pulau Mindanao berharap, majlis membakar ikan tersebut akan disenaraikan dalam buku Guinness Book of World Records.
Majlis pembakaran ikan itu diadakan sempena ulang tahun penubuhan wilayah Maguindanao yang ke-67. - AFP

No comments:

Post a Comment