Pages

Tuesday, November 16, 2010

PERBETULKAN NIAT- JANGAN TEBANG POKOK TU

Ada sebuah pokok. Bila orang lalu-lalang disana perlu meminta izin dahulu. Maka iblis pun mengambil kesempatan dengan perbuatan orang- orang tersebut. Jadilah adat, bila sesiapa hendak lalu dipokok tu kena minta izin dulu atau bagi salam, sehingga sekumpulan manusia menyembah pokok tersebut.

Seorang yang sentiasa beribadat (‘Abid) yang miskin, yang fahaman tauhidnya tinggi telah berniat dan berazam untuk menebang pokok tersebut sebab perbuatan tersebut telah menjadi syirik yang jelas.
Masa dia hendak pergi menebang pokok tersebut ialah telah dihalang oleh iblis tadi yang menyamar sebagai orang tua.

Iblis bertanya : “Apakah pentingnya sehingga tuan meninggalkan ibadat tuan untuk menebang pokok ini?”.

Jawab si ‘Abid : “Ia sebahgian daripada ibadatku”.

Iblis tidak membenarkan dia menebang pokok itu. Maka berlakulah pergelutan. Si ‘Abid tadi dengan mudah menewaskan iblis dan duduk diatas dada iblis. Iblis merayu minta dilepaskan berserta tipudaya. Berlaku pergelutan lagi, masih ‘Abid dapat menewaskan Iblis.

Tipudaya iblis berterusan. Iblis menawarkan dia duit dua dinar setiap malam diletakkan dikepalanya. “Duit itu boleh digunakan untuk belanja diri, keluarga, atau bersedekah, tidak menyakiti penyembah-penyembah pokok dan tak ada faedah keuntungan kepada orang-orang Islam jika pokok itu ditebang,” kata Iblis pada ‘Abid.

Iblis tersebut takut jika pokok itu ditebang. Pujuk rayu dan tipudaya Iblis yang bijak telah berjaya membisikkan dan memesongkan dia bahawa setiap kali dia akan dapat duit dua dinar dibawah kepalanya.

‘Abid percaya kata-kata orang tua itu dan membatalkan niat asalnya dan pulang kerumah setelah membuat perjanjian dengan orang tua iblis itu tadi. Esoknya dia dapati betul ada duit dikepalanya begitu juga pada hari kedua berikutnya. Tapi pada hari ketiga duit tidak ada!.

‘Abid marah, bingkas berang dan terus pergi menebang pokok itu. Dia bergelut lagi dengan iblis tersebut tapi kalah. Iblis tadi tidak takut langsung dan tidak halang perbuatan Abid tersebut.

Iblis pun berkata:” Kali pertama aku kalah sebab engkau marah kerana Allah. Tapi kali ni aku tidak takut dan menang sebab kau marah pasal duit dua dinar”.

Cerita masyur sejak zaman dahulu ini selalu di sampaikan oleh alim ulama, adalah contoh yang baik untuk pergerakkan kita. Ia diolah dari kitab Min Sifat al-Sabbagh oleh Ustaz Muhammad al-Sabbagh, halaman 45, yang juga dipetiknya daripada “Ihya”.


Ikthibar dari al kisah diatas ialah : Betulkan niat, tujuan mesti ikhlas kerana Allah taala suci dari ‘kongsi’ atau menduakan Allah.

No comments:

Post a Comment