Pages

Tuesday, November 16, 2010

Penduduk China paling ramai hidap diabetes




2010/11/16

BEIJING: China dilaporkan mempunyai bilangan pesakit diabetes paling tinggi di dunia dengan 92.4 juta penduduk mengidap penyakit itu tetapi sebanyak 61 peratus daripada mereka tidak mengetahui mempunyai kencing manis. 

“Kombinasi kurangnya kesedaran umum dan kurangnya khidmat pengesanan awal menjadi penyebab kepada kadar diagnos yang rendah di tanah besar,” kata Ji Linong, ketua Persatuan Diabetes China yang dipetik media tempatan.Sejumlah 13 peratus perbelanjaan perubatan keseluruhan China, kira-kira AS$25 bilion (RM75 bilion) adalah berkaitan dengan diabetes, lapor China Daily yang memetik satu kajian oleh Persatuan Diabetik China dan Yayasan Diabetes Antarabangsa.
“Kos untuk merawat diabetes akan meningkat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun kerana pesakit yang tidak menjalani diagnos mengalami kesan serius di mana kos rawatan pastinya akan lebih banyak,” kata Ji. 

Sebanyak 61 peratus pesakit yang tidak didiagnos mengalami risiko tinggi berhadapan dengan masalah penglihatan dan buah pinggang selain berisiko mendapat strok, kata laporan berkenaan. 

Pertumbuhan ekonomi China membawa kepada meningkatkan masalah kesihatan yang dikaitkan dengan amalan diet kaya dan membabitkan gaya hidup golongan kelas pertengahan. 

Sejak ekonomi China meningkat tinggi pada 1980-an, berjuta penduduk meninggalkan kampung halaman mereka untuk mendapatkan pekerjaan di bandar besar, menukar tabiat daripada berbasikal kepada berkereta dan mengamalkan gaya hidup barat termasuk makanan segera. 
Lebih 60 juta penduduk obes di negara dengan 1.3 bilion penduduk manakala 200 juta yang lain mengalami lebihan berat badan, kata angka yang dikeluarkan kementerian kesihatan China. – AFP 

No comments:

Post a Comment