BAITULMAQDIS: Pejuang Palestin, semalam membedil roket jarak jauh ke wilayah yang dikuasai Israel di Negev, kawasan padang pasir berhampiran bandar Ofakim.
Serangan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan, kata jurucakap tentera rejim Zionis.
Bagaimanapun, roket jenis Grad yang dikeluarkan oleh bekas negara Soviet Union itu merosakkan sebuah lori tangki.
Jurucakap tentera Zionis berkata, ini kali pertama roket seumpama itu digunakan dalam serangan pejuang Palestin.
Ia dipercayai dilepaskan dari wilayah Gaza.
Roket jenis Grad mampu menjejaki sasaran 40 kilometer, dua kali ganda berbanding roket Qassam buatan pejuang Palestin yang sering digunakan sebelum ini.
Serangan semalam dilakukan dua hari selepas Israel membunuh dua pemimpin pejuang Palestin. - AFP
semoga perjuangan mereka diberkati...Amin...
ReplyDeletewalaupun mereka kecil...namun semangat mereka sangat besar...