Pages

Friday, November 26, 2010

Obama didoa neneknya di Mekah supaya peluk Islam



SARAH OMAR


RIYADH - Nenek Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan dia berdoa supaya cucunya itu menganut agama Islam.
Menurut nenek Obama itu, Sarah Omar, doa itu dipohon semasa dia mengerjakan haji di Mekah.
"Saya berdoa agar Obama memeluk agama Islam," kata Sarah Omar yang berusia 88 tahun dalam satu temu ramah bersama akhbar Al-Watan Saudi di Jeddah yang disiarkan kelmarin dan dilaporkan agensi berita AFP semalam.
Akhbar itu melaporkan bahawa Sarah menunaikan haji bersama anaknya yang merupakan bapa saudara Obama, Saeed Hussein Obama serta empat orang lagi cucunya.
Sarah menyatakan dia hanya boleh bercakap mengenai haji dan tidak akan memberi komen berkaitan isu politik Obama.
Keluarga itu dijemput oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah tersebut.
Saeed juga mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah ekoran layanan baik yang diterimanya.
Bapa Obama, Barack Hussein Obama Sr. merupakan penganut Islam dari Nyangoma-Kogel, Kenya ketika berkahwin dengan ibunya, Ann Dunham, seorang pengikut atheis dari Kansas, AS.
Pasangan itu bercerai semasa Obama berusia dua tahun. Ibu Obama kemudian berkahwin dengan Lolo Soetoro dari Indonesia.
Tinjauan pendapat di AS pada Ogos lalu menunjukkan bahawa seorang daripada lima rakyat AS percaya bahawa Obama beragama Islam.
Dakwaan itu dinafikan oleh White House yang menegaskan bahawa Obama ialah seorang penganut Kristian yang taat. - Agensi

No comments:

Post a Comment