Pages

Sunday, November 21, 2010

Mangsa Gunung Merapi pulang beramai-ramai




BEBERAPA petugas mencari mangsa-mangsa letusan Gunung Merapi di Balerante, Klaten, Indonesia, kelmarin.


GUNUNG MERAPI, Indonesia -- Beribu-ribu penduduk kampung kembali semula ke kediaman mereka di kaki Gunung Merapi selepas ia semakin kurang aktif sejak beberapa hari lepas.
Agensi Pengurusan Bencana Nasional memberitahu, hampir separuh daripada 400,000 orang sudah pulang selepas pemerintah mengurangkan zon merbahaya dari 20 kilometer kepada sekitar 10 kilometer dari kawah Gunung Merapi kelmarin.
Pegawai bencana, Muhammad Anshori semalam berkata, sekitar 270,000 pelarian masih tinggal di kem-kem sementara kerana rumah mereka musnah atau mengalami kekurangan air dan makanan.
Agensi bencana berkenaan menambah, angka kematian akibat siri letusan Gunung Merapi sejak 26 Ogos lalu kini meningkat kepada 283 orang, selepas beberapa mangsa meninggal dunia kerana melecur dan lebih banyak mayat ditemui dari dalam timbunan serpihan.
Dalam perkembangan berkaitan, Lapangan Terbang Yogyakarta yang terletak sekitar 30 kilometer dari Gunung Merapi dibuka semula semalam selepas ditutup selama dua minggu akibat letusan gunung berapi itu. - Agensi
kosmo

No comments:

Post a Comment