Pages

Friday, November 12, 2010

Lebih sejuta solat jumaat di Masjidil Haram

LEBIH sejuta jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram hari ini. Mereka adalah sebahagian daripada lebih 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia yang tiba di Kota Suci Makkah untuk mengerjakan haji tahun ini. - Foto AFP/Mustafa Ozer


2010/11/12

MAKKAH: Lebih sejuta umat Islam membanjiri Msjidil Haram untuk menunaikan solat Jumaat hari ini, menjelang hari wukuf pada Isnin ini.

Seawal 10 pagi waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia) semua ruang dalam masjid suci itu dipenuhi jemaah pelbagai kaum dan bangsa dari seluruh pelusuk dunia.

Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais, mengimamkan solat Jumaat hari ini.
Cuaca panas mencecah 38 darjah Celsius tidak menghalang umat Islam mengisi semua ruang di dalam dan di luar Masjidil Haram sehingga hampir ke jalan raya.

Dalam khutbahnya antara lain, Sheikh Dr Abdul Rahman mengingatkan umat Islam yang hadir menunaikan haji atas niat yang satu iaitu mencari keredhaan Ilahi.

Menurut seorang rakan yang fasih berbahasa Arab yang bertugas dengan TV Al-Hijrah, Nabil Ahmad, Sheikh Dr Abdul Rahman mengingatkan jemaah haji bahawa Islam adalah agama penyatuan dan wajib bagi mereka saling tolong menolong.

Beliau juga mengingatkan jemaah haji supaya tidak melakukan perkara yang ditegah dan mengumpat sertakan mendoakan mereka mendapat haji mabrur.
Dianggarkan lebih 1.5 juta umat Islam tidak termasuk warga Arab Saudi yang menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini, akan berangkat ke Arafah untuk wukuf Isnin ini.

Semua 26,000 jemaah haji Malaysia telah tiba di tanah suci Makkah untuk menunaikan haji. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment