Pages

Tuesday, November 9, 2010

Kisah Para Sahabat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


Mengapa kebanyakan umat muslim alergi dengan perang ?
padahal itu wajib!!

Sebagai bukti:

Al Baqoroh: 216:  Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

konsep b'perang amat mluas..
sbg contoh, kita b'perang dgn hawa nafsu..

2 intro jew...
Ape yg sbenarnye saya nak sampai adlah nie..~

Setelah membaca beberapa kisah dalam satu buku, tergerak hati ini untuk berkongsi denga teman-teman semua. Mudahan kita dapat hayati contoh tauladan yang dikisahkan.

Pertama kisah 2 pemuda yang tidak takut mati demi syahid dijalan Allah. Mereka dari kaum Ansar. Mereka sangat geram kepada Abu Jahal kerana telah banyak menyakiti Nabi. Semasa perang Uhud tak silap, dipendekkan cerita mereka meluru kepada Abu Jahal yang sedang menunggang kuda. Mereka menyerang sampai Abu Jahal jatuh daripada kuda tersebut. Ikramah, anak Abu Jahal yang melihat kejadian tersebut datang membantu ayahnya. Lalu ikramah memotong lengan salah seorang dari pemuda tersebut.


Aduh… bayangkan lengan dipotong. Diceritakan ia tidak terus jatuh sebaliknya masih tergantung dengan kulit. Semangat tidak pernah luntur, lalu lengan yang tergantung itu dipikul di atas bahunya. Tangan sebelah lagi digunakan untuk menyerang abu jahal. Lebih dashyat, dek kerana tangan yang tergantung itu menyusahkan pergerakkanya, lalu pemuda itu memijak dengan kaki dan menyentap kuat2 agar terpisah terus.
Subhanallah…

Maka datanglah Abdullah Bin Mas’ud  memberi bantuan. Akhirnya kepala Abu Jahal terpenggal juga dalam peperangan itu.

Inilah nilai keimanan anak muda pada zaman kegemilangan islam. Tak mustahil lah islam diangkat dengan cukup tinggi pada zaman itu. Masih wujudkah pemuda hari ini seperti itu? Mari kita fikirkan bersama. Kalau sembahyang subuh pun selalu kalah dengan syaitan, mana mungkin kita sanggup korbankan lengan untuk berjuang dijalan Allah..

Sekian sekadar berkongsi..
[Pengukir Kata]

No comments:

Post a Comment