Pages

Tuesday, November 9, 2010

Kecoh makhluk ganjil di tasik



GAMBAR yang dihantar ke Institut Sains Marin Virginia menunjukkan bentuk hidupan air yang mencetuskan kekecohan di Newport News baru-baru ini.


RICHMOND, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa orang menemui satu benda ganjil yang besar dan bertompok-tompok terapung di sebuah tasik buatan di Oyster Point, bandar Newport News, Virginia, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Pada mulanya, benda ganjil itu ditemui oleh seorang pekerja pejabat, Tracy Collier semasa membawa seekor anjing milik bosnya berjalan.
Dia dan beberapa pekerja pejabat lain kemudian menghubungi pakar-pakar di Institut Sains Marin Virginia dengan menghantar e-mel dan gambar makhluk itu.
Makhluk itu berdiameter kira-kira 1.21 meter dan bergerak ke dalam tasik sejauh 1.82 meter.
Ia kelihatan bergoyang semasa gelombang ombak membadai makhluk ganjil itu.
Pakar-pakar di institut tersebut menjelaskan bahawa makhluk ganjil itu merupakan koloni hidupan airPectinatella magnifica.
Koloni hidupan air itu muncul sama ada terapung atau berpaut pada objek terapung. - Agensi

No comments:

Post a Comment