Pages

Wednesday, November 24, 2010

Hati2 Melawat Org Meninggal (Pengalaman Seorg Sahabat)


.
  • Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. ...
    Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang... . please take note of
    this for our own good.... org tua-tua used to say.... bila balik from
    melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar
    baru tegur anak2 dirumah.

    Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi
    perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya,
    tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula
    menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya
    bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi
    dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

    Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak
    berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat
    saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang
    tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.
    Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan
    hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

    Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang.
    Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata
    di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang
    hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke
    bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri
    untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari
    Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian
    jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal
    mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah
    mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu
    menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi
    saya mungkin turut meninggal.

    Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd
    hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini,
    mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa
    petang itu, alhamdulilah.

    Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang
    sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang
    diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang
    disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya
    (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
    tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.
    Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

    Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti
    kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang
    dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian
    datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan
    mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan
    air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.
    Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man
    (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan
    bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu
    yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku
    pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah
    banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man
    meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik
    Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi
    saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi
    saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin
    yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama
    terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang
    terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan
    ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang
    ulat-ulat itu ke longkang.

    Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada
    saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga
    yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari
    ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat.
    Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk
    bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan
    itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu
    terjadi kpd bayi saya.

    Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga
    berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba
    sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur
    kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

    Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man
    sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari
    alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke
    alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya
    sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran,
    tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang
    kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan
    rumah tu tak ada waris.

    Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat
    untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih dan
    saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup)
    dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah
    meninggal.

No comments:

Post a Comment