Pages

Friday, November 26, 2010

Facebook mahu patenkan perkataan 'Face'




MARK ZUCKERBERG


LOS ANGELES - Laman rangkaian sosial terkenal, Facebook memohon tanda niaga bagi perkataanface sebagai usaha menyekat syarikat-syarikat lain menggunakan perkataan sama bagi tujuan meniru sehingga boleh merosakkan jenamanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Peringkat pertama permohonan itu telah diluluskan.
Jika Facebook dapat menyediakan semua kertas kerja, tanda niaga itu akan disahkan oleh Pejabat Paten dan Tanda Niaga Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh enam bulan.
Para peguam paten masih ragu-ragu adakah Facebook akan diberi tanda niaga ke atas terma yang begitu umum seperti 'face'.
Tindakan itu nyata menimbulkan persoalan mengenai motif dan matlamat jangka panjangnya.
Dengan lebih 500 juta pengguna di seluruh dunia, Facebook merupakan laman rangkaian sosial terbesar di dunia.
Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg berusia 26 tahun yang kini disenaraikan oleh Forbes sebagai bilionair di tempat ke-212 dengan kekayaan berjumlah AS$4 bilion (RM12.5 bilion).
Selagi Facebook membayar yuran yang sepatutnya, permohonan itu akan diterima tanpa sebarang masalah.
Pejabat Paten dan Tanda Niaga AS sudah membenarkan masa untuk membuat bantahan.
Namun tiada bantahan yang diterima. - Agensi

No comments:

Post a Comment