Pages

Friday, November 26, 2010

Diselamatkan selepas hanyut 50 hari




GAMBAR menunjukkan tiga remaja yang hanyut selama 50 hari di Lautan Pasifik berada di atas sebuah kapal nelayan.


WELLINGTON - Tiga remaja lelaki dari Pulau Tokelau, di Lautan Pasifik kelmarin dilaporkan diselamatkan oleh sebuah kapal nelayan ikan tuna dekat Kepulauan Fiji selepas 50 hari mereka hanyut di atas sebuah bot aluminium.
Tiga budak lelaki berkenaan yang berusia 14 tahun dan 15 tahun, hilang dalam sebuah bot aluminium kecil pada awal Oktober lalu dan dianggap telah mati selepas usaha mencari yang dilakukan anggota-anggota tentera udara New Zealand gagal menemui mereka.
Seorang kelasi kapal tuna San Nikunau yang berpangkalan di New Zealand, Tai Fredricsen memberitahu stesen radio New Zealand kelmarin bahawa mereka ditemui di perairan Fiji kira-kira 1,420 kilometer dari Tokelau.
Agensi berita Fairfax Media melaporkan bahawa ketiga-tiga remaja itu cuma memakan seekor burung camar dan minum air laut sepanjang tujuh minggu mereka hanyut.
Ketiga-tiga mangsa yang dilaporkan mengalami kekurangan air manakala kulit mereka dibakar pancaran matahari akan dihantar ke sebuah hospital apabila kapal nelayan itu tiba di Fiji hari ini. - Agensi

No comments:

Post a Comment