Pages

Thursday, November 18, 2010

Budak 3 tahun temui loket RM12.41 juta


LOKET yang ditemui James Hyatt.


HOCKLEY, Britain - Seorang budak lelaki berumur tiga tahun, James Hyatt menemui loket emas yang dianggarkan bernilai £2.5 juta (RM12.41 juta) dengan menggunakan alat pengesan logam di Hockley, Essex, lapor sebuah akhbar semalam.
Loket itu tertanam di dalam tanah sedalam 20.3 sentimeter.
Pakar-pakar menyatakan loket itu mungkin digunakan pada awal abad ke-16 semasa pemerintahan Raja England, Henry VIII.
Loket itu mungkin kepunyaan salah seorang anggota kerabat diraja.
Bapa budak itu, Jason, 34, berkata: "Anak lelaki saya merupakan salah seorang individu yang paling bertuah di dunia."
Budak itu menemui loket itu pada Mei tahun lalu semasa dia bermain dengan alat pengesan logam kepunyaan datuknya.
Menurut bapanya, alat itu berbunyi lima minit selepas anaknya menggunakan alat tersebut menyebabkan dia dan beberapa orang lagi menggali dan menemui loket tersebut.
Loket itu akan dinilai sebelum dijual kepada beberapa buah institusi. - Agensi

No comments:

Post a Comment