Pages

Thursday, November 18, 2010

Berlian merah jambu RM143 juta





2010/11/18

CINCIN berlian merah jambu menjadi yang termahal dalam lelongan Sotheby.
CINCIN berlian merah jambu menjadi yang termahal dalam lelongan Sotheby.
Sebentuk cincin catat rekod jualan tertinggi lelongan 

GENEVA: Sebentuk cincin berlian merah jambu yang jarang ditemui dilelong pada harga 45.44 juta Swiss francs (RM143 juta), dua kali ganda nilai rekod sebelumnya sekali gus menjadi permata paling mahal pernah dijual selain menunjukkan kekuatan pasaran permata antarabangsa.Berlian merah jambu empat segi seberat 24.78 karat dan bersaiz kira-kira satu pinball menjadi tarikan hampir 500 orang ketika jualan separuh tahun permata di Geneva.
Penjual berlian terkemuka, Laurence Graff, yang membuat bidaan melalui telefon adalah pembeli berlian terbabit yang dipasang pada sebentuk cincin platinum, menurut kenyataan firma pelelong, Sotheby. 

“Ia berlian paling menakjubkan pernah saya lihat dalam sejarah dan saya amat tertarik untuk membelinya,” kata Graff, seorang rakyat Britain yang memulakan karier ketika masih remaja di East End, London dan kini menetap di Gstaad, Switzerland. 

“Ia harga rekod dunia bagi permata di jualan lelong,” kata David Bennett, pengerusi jabatan permata Sotheby di Eropah dan Asia Barat ketika menenangkan orang ramai yang memenuhi bilik jualan itu. 

“Ia seperti champagne merah jambu,” katanya sebelum lelongan. Permata itu dibeli daripada penjual permata Amerika Syarikat, Harry Winston, 60 tahun lalu oleh seorang tidak dikenali yang memutuskan untuk menjualnya dalam lelongan di Switzerland. 
Harga beliannya melepasi jangkaan awal iaitu AS$27 hingga AS$38 juta (RM86 hingga RM121 juta). 

Sebelum ini jualan permata paling mahal di dunia yang dibuat dalam lelongan adalah berlian biru diberi nama ‘Wittlesbach’ 35.56 karat dari kurun ke 17 yang mencecah harga AS$24.3 juta (RM77.76 juta) oleh Sotheby pada Disember 2008 oleh pesaing mereka, Christie. 

Ia juga dibeli oleh Graff daripada Graff Diamonds yang kemudian menjadikan ia lebih kecil kepada 31.06 karat dan dinamakan semula sebagai ‘Wittelsbach-Graff Diamond’. 

“Laurence Graff benar-benar peminat batu permata. Beliau kini pemilik dua permata teragung,” kata Bennett kepada wartawan. 

“Ada empat orang yang aktif membida dan itu sesuatu yang luar biasa dalam soal ini. Ia menjadi bukti mengenai kekuatan pasaran batu permata,” katanya lagi. 
Eric Valdieu, bekas pakar permata firma Christie’s di Geneva yang kini bertugas untuk Valdieu Fine Arts, mengulas: 

“Harga batu permata pada masa ini lebih tinggi dibandingkan pada 2007-2008, itulah sebabnya semua orang gembira. Batu permata yang mahal kini lebih mahal daripada apa yang sepatutnya,” kata Valdieu lagi. – Reuters 

No comments:

Post a Comment