MERSING – “Tidak berperikemanusiaan.”
Itulah kata-kata penduduk Felda Nitar 1 di sini, apabila seorang bayi lelaki ditinggalkan di hadapan rumah salah seorang penduduk di situ kelmarin.
Dalam kejadian pukul 8 malam itu, bayi lelaki seberat 2.4 kilogram yang dipercayai baru dilahirkan dan masih bertali pusat serta uri itu ditinggalkan di hadapan rumah bernombor 218, Jalan Tekukur, Felda tersebut.
Menurut saksi, Siti Zaharah Ahmad, 54, semasa sedang menonton televisyen, dia dikejutkan dengan panggilan cucunya, Zulkifli Kassim, 13, yang memberitahu terdapat seorang bayi di hadapan rumah mereka.
Dia yang terkejut mendengar panggilan cucunya itu bergegas ke luar rumah untuk melihat bayi yang dibalut dengan sehelai kain batik dan masih berlumuran darah.
“Saya dapati bayi itu sedang menangis kesejukan, namun tiada sebarang kecederaan pada badannya kerana dipercayai baru sahaja ditinggalkan di situ,” katanya.
dah buat x nak bertangung jawb
ReplyDelete