Pages

Saturday, November 27, 2010

Aurat…? Adakah kita sedar akannya? begitu ramai yang buat endah tak endah tentang aurat WHY ???


by Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak 

"Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu; tak kira sama ada dia anak dara, janda atau isteri orang; tua ataupun muda; dia akan dilaknati oleh Allah S.W.T, malaikat2 dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T. Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan.



Jika ditanya kaum wanita pada hari ini perihal aurat mereka pasti akan mereka akan menjawab "semua anggota kecuali muka dan pergelangan tangan". Itulah jawapan yang biasa kita dengar saban waktu. 

Tetapi adakah apa yang mereka katakan itu mereka lakukan. Tidakkah ada perasaan sedih melihat sesetengah wanita muslim pada hari ini yang tidak kisah perihal dosa yang mereka lakukan setiap saat dan setiap hari... 

Apa yang ingin dikatakan di sini ialah aurat yang dianggap remeh oleh wanita muslim seperti yang kita lihat pada hari ini iaitu kaki, tangan dan di leher. 

Susah ke untuk memakai stokin..? 
Susah ke untuk memakai baju berlengan panjang..?
Mahal sangatkah harga untuk membeli semua tu..?
Adakah kita ingin menunjukkan rantai emas kita yang cantik dan mahal tetapi tiada nilai disisi Allah swt..? 
Adakah kita tidak rela membelanjakan harta kita untuk mendapatkan keredhaan Allah..?
Adakah kita mahu bersenang di dunia tetapi bersusah di akhirat..? 
Cantik sangat ke aurat kita untuk menjadi tontonan..? 

Yang menjadi pelik dan hairan kenapa begitu ramai wanita yg lebih selesa dengan berpakaian ketat dan sendat...?
Ramai wanita yang sanggup nk menyeksa diri dgn berpakaian yg ketat, berseluar ketat...kenapa?
yang menghairankan ramai wanita yg

mampu pulak nk beli baju ketat dan berlengan pendek?
mampu pulak nk beli seluar jeans, lengging ketat?
mampu pula nk beli tudung pendek yg x menepati syarak?
mampu pula nk beli alatan solek yg berlebih-lebihan
mampu pula nk berhias diri dgn bertabarruj berlebih-lebihan

Disebabkan hanya semata2 ingin memenuhi tuntutan nafsu untuk menunjuk-nunjuk tubuh badan kepada manusia yg bukan muhrim yang lain...ramai yang sanggup nk dedahkan aurat, ramai yang nk berpakaian seperti bertudung sambil berpakaian ketat-ketat seoralh-olah membungkus aurat...sedangkan ramai wanita itu tau yang pakaian ketat itu boleh menaikkan nafsu lelaki, boleh mengentarkan iman lelaki...ramai wanita tahu juga bahawa berpakaian seksi dan ketat ini boleh berlaku kes rogol, kes perkosaan, sumbang mahram dan boleh berlaku zina...tetapi kenapa x mau nk berubah...?

Jawapan yang sering kita dengar ialah "susahnya nak jaga". Ya.. Bukan mudah untuk kita semua menjaganya. Ingatlah wahai kaum Hawa..!! Mendedahkan aurat itu adalah sebahagian dari larangan Rasullullah kepada semua umat Islam. Tetapi Allah menjanjikan ganjaran pahala yang lebih banyak kepada wanita yang menjaga auratnya berbanding kaum lelaki. Betapa mudahnya untuk wanita memperoleh pahala itu.Peliharalah...

Azab yang pedih akan anda terima sekiranya anda masih tidak mengenakan pakaian yang sempurna...!!!

Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikanbagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan. Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur. 

SEDARLAH WAHAI KAUM MUSLIMAT SEKALIAN..!!!

Pesanan dr ADMIN: Sekiranya di akhirat nnti anda diazab dengan azab yang pedih, jangan pula anda mengatakan ketika didunia ini tiada siapa yg nk beritahu atau berpesan berkenaan tentang aurat dan sebagainya sedangkan ketika anda hidup didunia sudah begitu ramai manusia, ustaz, ustazah, para pendae'i dan manusia yang lain sudah pun berpesan dan memberi tahu tentang hal ini tetapi anda sendiri yg mempunyai telingan ttpi sengaja pekakkan ia, anda mempunyai mata sengaja memandang kearah yg lain, anda mempunyai akal ttpi sengaja tidak mahu berfikir ttg hal ini, anda mempunyai tangan sengaja tidak mahu mecari artikel2 yg baik utk dijadikan muhasabah diri dan tidak mengindahkan pesanan tersebut...oleh itu jangan nk salahkan sesiapa dan menunding jari kpd sesiapa apabila anda di AZAB  dan DISEKSA KELAK...sekian...

Sekiranya artikel ini berguna utk anda dan rakan2 anda...sebarkanlah...semoga sama2 mendapat manfaat =)


brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)
                            http://www.tagged.com/jagaauratanda (tagged)
edit: admin jtadja

No comments:

Post a Comment