Pages

Wednesday, November 10, 2010

8 Sebab Allah SWT melambatkan pertolonganNya ke atas orang mukmin

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs831.snc4/69171_137638069617663_100001144125100_167243_2496994_n.jpg
  1. Allah SWT ingin melihat insan yang paling sabar menghadapi ujianNya sehingga Allah SWT boleh menganugerahkan kepadanya pangkat  الصابرين .
  2. Supaya semua umat Islam boleh berkongsi pahala dan memasuki Syurga Allah SWT dengan berduyun-duyun.
  3. Supaya Allah SWT dapat melihat siapakah yang sanggup berkorban untuk Allah sehingga ke titisan darah terakhir dan sehingga segala harta kekayaannya diserahkan kepada Allah SWT.
  4. Supaya Allah SWT dapat melihat talian perhubungan Allah SWT dengan insan yang dikasihinya dalam semua keadaan sama ada dalam masa menerima nikmat atau semasa menghadapi ujian, apakah insan kesayanganNya tetap bersujud syukur kepadaNya atau disebaliknya?.
  5. Supaya Allah SWT dapat menilai perjuangan insan yang berjuang untuk Allah SWT dalam masa yang panjang dan dapat melihat, apakah hambanya benar-benar  berjuang tanpa bermatlamatkan pahala dan syurga , malah benar-benar Ikhlas kepada Allah SWT?.
  6. Allah SWT ingin melihat siapakah diantara hambanya yang mampu mencapai pahala disebalik  ujian dan bala yang diturunkan.
  7. Allah SWT ingin mempamerkan dan menghukum, siapakah manusia sebenar yang paling berani melakukan kejahatan di atas muka bumi ini.
  8. Allah SWT ingin menegakkan kebenaran hakiki yang tidak lagi boleh diruntuhkan oleh syaitan, kerana kebenaran yang berjaya dibina telah melalui segala ujian dan ringatan. Sesungguhnya tiada lagi rintangan dan kesusahan setelah Allah SWT menganugerahkan Kemenangan Kepada Umat Islam.
Rujukan : Dibawah Naungan Al-Quran.

No comments:

Post a Comment