Pages

Wednesday, October 6, 2010

Video klip Lady Gaga cecah 1 bilion penonton



LOS ANGELES 5 Okt. - Penyanyi terkenal, Lady Gaga dan Justin Bieber bakal mencipta sejarah dalam industri muzik antarabangsa apabila klip video mereka yang disiarkan di laman web YouTube menghampiri angka satu bilion penonton.
Pengarah Komunikasi TubeMogul, David Birch berkata, jika video klip Lady Gaga mengekalkan jumlah purata penonton seramai 1.8 juta sehari, beliau meramalkan, angka satu bilion itu akan berjaya diperoleh menjelang 20 Oktober ini.
Kata Birch, beliau menjangkakan video klip Justin Bieber pula akan ditonton sebanyak satu bilion kali menjelang 1 November ini, jika jumlah purata penontonnya sebanyak 3.7 juta sehari berkekalan.
Selepas Lady Gaga dan Justin, Birch berkata, video klip Michael Jackson memperolehi kutipan ketiga terbanyak dengan ditonton sebanyak 600 juta kali.
Walaupun video klip Lady Gaga akan menjadi yang pertama menerima jumlah satu bilion penonton, namun, video klip Justin kekal sebagai yang paling popular setakat ini dengan jumlah purata harian 3.98 juta berbanding Lady Gaga yang hanya memperoleh angka 2.04 juta penonton.
Kualiti klip video yang konsisten merupakan faktor utama mengapa orang ramai gemar menonton video Justin.
Sejak April hingga Ogos lalu, Justin memenangi sembilan daripada 10 anugerah terbaik bulanan, sekali gus membuktikan betapa popularnya artis remaja itu. - AGENSI

No comments:

Post a Comment