Pages

Saturday, October 2, 2010

Tentera selamatkan Presiden dikepung




GAMBAR menunjukkan Rafael Correa memakai topeng gas dan duduk di atas kerusi roda semasa beliau diselamatkan oleh anggota-anggota tentera daripada kepungan polis di Quito, Ecuador kelmarin.


QUITO - Ecuador diletakkan di bawah perintah darurat semalam selepas askar-askar menyelamatkan Presiden Ecuador, Rafael Correa dari sebuah hospital selepas dia dikepung oleh anggota-anggota polis dan melepaskan gas pemedih mata ke arahnya.
Presiden dan Kabinetnya menganggap pemberontakan yang dilakukan oleh anggota polis itu sebagai percubaan untuk merampas kuasa.
Anggota-anggota polis itu sanggup melakukan kepungan selama 12 jam itu selepas mereka marah dengan undnag-undang baru yang memotong elaun untuk kakitangan awam.
Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) turut memberi amaran kepada pihak yang mengancam demokrasi Ecuador manakala Correa mendapat sokongan penuh daripada Washington.
RAFAEL CORREA


Lapangan Terbang Mariscal Sucre dan lapangan terbang di Guayaquil serta Manta yang ditutup kepada penerbangan antarabangsa kelmarin dibuka semula selepas kekecohan akibat tindakan polis.
Sekurang-kurangnya dua anggota polis dan askar terbunuh manakala berpuluh lagi cedera kelmarin semasa operasi menyelamat yang dilakukan tentera dibuat.
Beberapa jam sebelum Correa diselamatkan, Ketua Tentera Ecuador, jeneral Ernesto Gonzales mengisytiharkan tentera taat setia kepada Presiden. - Agensi

No comments:

Post a Comment