Pages

Wednesday, October 27, 2010

Sherpa dikhuatiri mati



KATHMANDU 26 Okt. – Seorang sherpa yang telah mendaki Gunung Everest sebanyak 19 kali dilaporkan hilang dan dikhuatiri mati di Banjaran Himalaya dua hari selepas dia tertimbus di dalam runtuhan salji.
Chhewang Nima Sherpa, 43, sedang memasang tali untuk kumpulan pendaki di Gunung Baruntse setinggi 7,129 meter kelmarin apabila runtuhan salji itu berlaku disaksikan seorang rakannya.
“Sudah begitu lama dia hilang sejak runtuhan itu. Kami takut dia mati. Jika dia ternanam di dalam salji, mustahil untuk dia hidup.
“Jika dia tersekat di dalam jurang glasier atau satu tempat yang Ghimire berkata, terdapat seorang lagi Sherpa yang bekerja dengan Chhewang ketika runtuhan salji itu berlaku pada ketinggian 7,045 meter.
“Nyima Gyaljen selamat kerana dia berada 100 meter di bawah Chhewang.
“Runtuhan salji itu menimbus Chhewang dan dia hilang sejak itu.
“Kumpulan itu tidak keruan. Namun, kami faham bahawa aktiviti itu adalah sangat berbahaya. Mendaki seumpama memasuki ke zon mati. Apa-apa boleh berlaku, di mana-mana sahaja dan bila-bila masa,” katanya. – AFP

No comments:

Post a Comment