Pages

Monday, October 4, 2010

Remaja 15 tahun dapat pam jantung kekal




TIGA pam yang dimasukkan ke dalam jantung seorang remaja 15 tahun di Hospital Gesu, Rom Itali pada Khamis lalu.


ROM - Seorang remaja berusia 15 tahun menerima pam jantung tiruan berkuasa bateri bagi membantu jantungnya berfungsi dalam satu pembedahan selama 10 jam pada Khamis lalu di sebuah hospital di sini.
Dia merupakan remaja pertama di dunia menerima pam jantung tiruan yang kekal berada di dalam tubuhnya.
Remaja itu hampir mati sebelum doktor-doktor membuat keputusan untuk membedahnya dan memasukkan pam jantung itu.
Beberapa pegawai berkata, pam jantung itu dijangka akan membolehkan budak itu hidup normal selama 20 tahun hingga 25 tahun lagi.
Beberapa pegawai di Hospital Bambino Gesu di sini menyatakan setakat ini pam jatung tiruan kekal itu pernah dimasukkan ke dalam tubuh pesakit dewasa.
Dalam pembedahan itu, doktor-doktor memasukkan pam buatan Amerika Syarikat itu di bahagian kiri ventrikel jantung kirinya.
Dr. Antonio Amodeo yang mengetuai pasukan perubatan berkata, lebih 400 orang dewasa di dunia dibedah untuk memasukkan pam yang sama.
Pihak pengurusan hospital itu menyatakan bahawa remaja itu menghidap sejenis penyakit otot, Myopathic menyebabkan dia tidak boleh menerima organ yang didermakan manusia lain. - Agensi

No comments:

Post a Comment