Pages

Monday, October 18, 2010

Pengantin diarak dengan skylift


TNB Pelabuhan Klang meraikan perkahwinan Muhammad Nurul Jamil Shamsuddin bersama pasangannya, Nurfarehan Muhammad Rosli dengan berarak sejauh 200 meter menggunakan skylift di Taman Haji Ismail, Sungai Pinang, Kapar, Klang, semalam.



KLANG 17 Okt. - Seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Muhammad Nurul Jamil Shamsuddin, 24, memilih untuk diarak dengan menaiki skylift bagi mengabadikan detik manis perkahwinannya.
Dia dan isteri, Nurfarehan Muhammad Rosli, 22, diarak menaiki skylift sejauh 500 meter bermula dari Stesen Petronas Batu Belah hingga ke rumahnya di Taman Haji Ismail, Kampung Sungai Pinang, di sini.
Menurut Muhammad Nurul Jamil yang bekerja di TNB cawangan Pelabuhan Klang, idea berarak menaiki skylift itu dicadangkan oleh Ir. Ahmad Barodi Che Noh yang merupakan pengurus TNB kawasan Pelabuhan Klang.
"Saya terus bersetuju dan teruja kerana skylift merupakan kenderaan yang saya naik pada hari pertama bekerja sebagai juruteknik.
"Tetapi isteri saya gayat kerana semasa berarak skylift itu hanya setinggi tiga meter tetapi masa kami turun, ia dinaikkan setinggi sembilan meter," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dia juga gembira kerana perkenalannya selama setahun dengan Nurfarehan yang merupakan sub kontraktor TNB berakhir ke jinjang pelamin.sumber

No comments:

Post a Comment