Pages

Sunday, October 24, 2010

Otak ibu lebih besar selepas bersalin



CONNECTICUT - Saiz otak wanita yang baru melahirkan anak didapati membesar dalam tempoh beberapa bulan selepas bersalin, menurut kajian terbaru. 

Penyelidik dari Universiti Yale, Amerika Syarikat melaporkan, pertumbuhan dalam saiz otak itu dipercayai disebabkan oleh perubahan kandungan hormon selepas bersalin. 

Dalam kajian itu, penyelidik menemui perubahan saiz pada bahagian otak yang dikaitkan dengan tingkah laku dan motivasi. 

Kajian itu turut mendapati ibu yang 'sangat gembira' dengan kelahiran anak mereka mengalami pertumbuhan otak yang lebih besar di bahagian berkaitan motivasi dan pemprosesan emosi berbanding ibu yang 'kurang gembira' dengan bayi mereka. 

Pertumbuhan saiz otak itu dikatakan mungkin menjadi faktor yang mempengaruhi keinginan ibu untuk menjaga bayi mereka disebabkan oleh otak yang aktif berbanding apa yang dikenali sebagai naluri keibuan. 

Perubahan hormon sejurus selepas bersalin, termasuk peningkatan hormon estrogen, oksitoksin dan prolaktin, mungkin menyebabkan otak ibu yang baru melahirkan anak mampu bertindak balas dengan baik kepada bayi mereka.

No comments:

Post a Comment