Pages
▼
Sunday, October 3, 2010
Manusia jadi bahan eksperimen
WASHINGTON - Saintis Amerika Syarikat (AS) sengaja menjangkiti hampir 700 tahanan dan pesakit di sebuah hospital mental di Guatemala dengan penyakit kelamin sifilis tanpa kebenaran mereka, 60 tahun lalu.
Pembongkaran mengenai eksperimen kejam itu oleh seorang ahli sejarah perubatan memaksa AS membuat permohonan maaf kepada Guatemala, Jumaat lalu, dan mungkin memberi kesan buruk terhadap eksperimen AS yang sedang dijalankan di luar negara, terutama di negara miskin.
Eksperimen yang menggunakan manusia sebenar sebagai bahan kajian itu dibiayai oleh Institut Kesihatan Kebangsaan AS dan dijalankan pada 1946 hingga 1948 di Guatemala.
Ia dipercayai dilakukan bagi mengkaji sama ada ubat penisilin yang baru dicipta pada masa itu mampu menghalang penyebaran penyakit kelamin.
Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berguna diperoleh melalui kajian dan disembunyikan daripada pengetahuan umum selama enam dekad.
Presiden AS, Barack Obama menghubungi rakan sejawatnya di Guatemala, Alvaro Colom bagi memohon maaf secara peribadi dan hubungan kedua negara dilaporkan tidak terjejas berikutan pendedahan mengejutkan itu.
Kerajaan AS dilapor menubuhkan dua suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat insiden itu.
No comments:
Post a Comment