Pages

Monday, October 11, 2010

Mangsa terkulai di tingkap van




2010/10/11

  • Foto
    KEADAAN bas yang terbalik selepas terbabit dalam kemalangan maut di KM 223 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pedas, malam tadi.
  • Foto
    ANGGOTA bomba membersih serpihan kenderaan bertaburan atas jalan
    .
Saksi nampak bas ekspres seperti terbang merempuh kenderaan lain
Foto
ANGGOTA bomba membersih serpihan kenderaan bertaburan atas jalan.


ALOR GAJAH: “Sebaik keluar dari kereta, saya terlihat mayat pemandu van putih terjuntai dari pintu tingkap, manakala bas Delima Ekspress pula melintang di tengah-tengah lebuh raya sehingga menutupi ketiga-tiga lorong laluan menuju ke Alor Gajah.“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.
Ketika ditemui di tempat kejadian, Md Razel berkata sejurus sebelum insiden yang meragut 12 nyawa itu, dia bersama tujuh ahli keluarganya yang lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pontian, Johor, apabila bas Delima Ekspress itu tiba-tiba ‘terbang’ dari arah sebelah.

“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.

“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Abdul Hamid Hassan, 55, pesara tentera dari Taman Rambai Jaya, dekat sini, yang turut terselamat dalam kejadian itu berkata, sejurus sebelum kemalangan itu, dia sedang tidur. 
Abdul Hamid yang duduk di bahagian depan bas berkata, dia hanya tersedar apabila bas berkenaan berhenti secara mengejut.

“Sebaik membuka mata, saya terperanjat apabila melihat sebuah bas sedang melintang di tengah jalan dan ketika itu juga pemandu bas kami cuba mengelak. Bagaimanapun, bas tetap terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.

“Saya dimaklumkan tiga rakan kami termasuk seorang wanita yang sedang mengandung cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya sambil mengakui turut melihat dua mayat terbaring di atas jalan termasuk satu tanpa kepala. 

No comments:

Post a Comment