Pages

Tuesday, October 12, 2010

Mandela nafi cekik isteri pertama




2010/10/12

MANDELA menunjukkan buku Conversations with Myself yang menceritakan pengalaman hidupnya sebagai orang biasa ketika melancarkannya di Johannesburg, semalam.
MANDELA menunjukkan buku Conversations with Myself yang menceritakan pengalaman hidupnya sebagai orang biasa ketika melancarkannya di Johannesburg, semalam.
Buku kedua dedah pahit manis jadi ketua keluarga 

JOHANNESBURG: Nelson Mandela gagal dalam peperiksaan, merungut kerana tingkah laku anak-anaknya dan bergaduh dengan isterinya adalah antara isi buku Conversations with Myself yang mula dijual hari ini dalam 20 bahasa termasuk Catalan dan Turki.Ia bukan autobiografi ikon antiaparteid yang diterbitkan pada 1995, Long Walk to Freedom tetapi menampilkan kehidupan Mandela sebagai manusia biasa, yang membuat kesilapan seperti orang lain.Buku Coversations with Myself, yang dijual mulai hari ini di 22 negara dan dalam 20 bahasa, daripada bahasa Catalan hingga Turki. 

Dalam buku berkenaan, Mandela menafikan beliau pernah cuba mencekik isteri pertamanya. 

Sebenarnya apa yang berlaku ialah isterinya itu mengugut untuk melecurkannya dengan besi panas. 

“Jadi, saya terpaksa memegangnya dan memulas tangannya untuk mengambil besi itu,” katanya. 
Mandela berkata, isteri pertamanya tidak memahami atau menyokong aktivisme politiknya. Perkahwinan keduanya, kepada Winnie Madikizela-Mandela, juga berakhir dengan perceraian. 

Buku yang diterbitkan itu adalah hasil kompilasi aktivis, editor dan pengumpul maklumat yang mengumpulkan nota, surat, perbualan yang dirakam dan bahan lain, dengan kebenaran bekas presiden Afrika Selatan berusia 92 tahun itu. 

Dalam prakatanya, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, menyatakan Mandela yang sudah bersara daripada kehidupan awam pada 2004, adalah sumber inspirasi. 

“Di sebalik sejarah yang diciptanya, terdapat seorang manusia yang menaruh harapan tinggi kepada mencapai matlamatnya tanpa rasa bimbang. 

“Bagi saya, walaupun beliau satu legenda, kita akan lebih menghormatinya jika kita mengenalinya,” tulis Obama. 

Conversations wajar dibaca bersama Long Walk, yang dihasilkan oleh Mandela dan anggota parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) lain untuk memperoleh sokongan bagi aktivis anti aparteid ketika mereka melangkah ke peranan baru sebagai pemimpin yang berusaha untuk membaiki sebuah negara miskin yang berpecah belah. – AP 

No comments:

Post a Comment