Pages

Tuesday, October 19, 2010

Makanan tradisi terpanjang dunia




BANDAR RAYA MEXICO - Penduduk di Iztapalapa di sini memasak makanan tradisional Mexico, Enchilada sepanjang 70 meter kelmarin.
Seorang pegawai Guinness World of Records, Ralph Hannah mengumumkan bahawa makanan seberat 1,426 kilogram itu telah mencipta rekod dunia.
Enchilada merupakan tepung yang dibalut dengan jagung, bawang putih, tomato hijau, avokado, keju, krim, cili serrano dan beberapa bahan lain.
"Dengan pengiktirafan rekod Guinness ini, kami menunjukkan kepada dunia bahawa Iztapalapa merupakan destinasi pelancongan peringkat tinggi," kata Setiausaha Pelancongan Bandar Raya Mexico, Alejandro Rojas. - AP

No comments:

Post a Comment