Pages

Wednesday, October 20, 2010

Korban Megi di Filipina meningkat kepada 10 orang

RUNTUH DIPUKUL MEGI: Penduduk di bandar Ilagan semalam mencari harta benda mereka sehari selepas taufan Megi, yang meruntuhkan bumbung dan merosakkan rumah dan harta benda, melanda wilayah Isabela di timur laut Filipina. -- Foto AP

Taufan tinggalkan Luzon dan menuju ke selatan China


ILAGAN (Filipina): Taufan Megi semalam meninggalkan pulau Luzon, di Filipina, lalu menuju ke arah China, selepas menurunkan hujan lebat di Manila, menyebabkan banjir yang mengorbankan 10 orang.
Ia dijangka melanda wilayah Guangdong, di selatan China, sama ada Jumaat atau Sabtu ini, lapor agensi Xinhua.Agensi bencana kebangsaan Filipina berkata angka korban akibat ribut itu kini meningkat kepada 10 orang.Mangsa termasuk tiga lelaki yang mati lemas di sebuah kolam ikan ketika ribut melanda dan seorang lelaki yang dihanyutkan air selepas menyelamatkan kerbaunya di sebatang sungai dekat wilayah Isabela.Seorang wanita mati apabila sebatang pokok asam tumbang menimpa rumahnya di wilayah Kalinga, manakala seorang pengawal keselamatan terkorban akibat dihempap pokok cemara di bandar Baguio, kata para pegawai.Di wilayah Pangasinan, seorang ibu, anak perempuannya yang berusia empat tahun dan anak lelakinya berusia dua tahun mati apabila sebatang pokok yang tumbang menimpa rumah mereka, tambah pegawai agensi bencana, Encik Eugene Cabrera.Seorang lelaki mati akibat dipanah petir di wilayah yang sama.Sembilan mangsa lain cedera akibat pokok tumbang, bumbung runtuh dan kaca yang pecah, kata para pegawai.Presiden Filipina, Encik Benigno Aquino III, semalam berkata meskipun taufan Megi menimpakan kerosakan besar, korban jiwa adalah kecil.Bandar Isabela dan 16 daripada 28 bandar lain di wilayah Cagayan terputus bekalan elektrik.Gabenor Cagayan, Encik Alvaro Antonio, berkata meskipun banyak sawah padi terselamat, ladang pisang dan kelapa di wilayah tersebut mengalami kerosakan teruk.Penilaian awal Kementerian Pertanian Filipina menunjukkan sekurang- kurangnya 10 peratus atau 105,000 tan padi di Lembah Cagayan musnah. Ini lebih rendah daripada yang dijangka.Pegawai agensi bencana, Encik Benito Ramos, berkata 80 peratus rumah di dua bandar pesisir pantai yang dilanda taufan Megi musnah, termasuk sebuah gudang tempat pemerintah menyimpan 2,000 guni beras. -- Agensi.

No comments:

Post a Comment