Pages

Sunday, October 24, 2010

Katy Perry kahwin kekasih di rimba




RUSSEL Brand menaiki jip bersama beberapa tetamu di Taman Negara Ranthambore sekitar 200 kilometer dari Jaipur kelmarin. Gambar kecil, Katy Perry dan Russel Brand.


RANTHAMBORE - Bintang pop Amerika Syarikat (AS) yang popular menerusi lagu Hot n Cold, Katy Perry bersiap sedia untuk berkahwin dengan kekasihnya, Russel Brand .
Perry atau nama sebenarnya, Katheryn Elizabeth Hudson, 25, dijadual berkahwin dengan Brand, 35, dalam satu upacara tradisional Hindu di sebuah resort lima bintang di sini, barat India, lewat semalam.
Kekasih penyanyi tersebut merupakan pelawak popular di Britain sebelum berhijrah ke AS untuk membina kerjaya lakonan di Hollywood.
Bercakap kepada pemberita mengenai perkahwinannya, Perry berkata, dia amat teruja seperti seorang kanak-kanak pada malam sebelum Hari Krismas.
"Saya amat teruja mendirikan perkahwinan di sini kerana para tetamu berada di luar zon selesa dan dapat bercampur gaul," katanya.
Resort Aman-i-Khas, tempat upacara perkahwinan mereka akan dilangsungkan, terletak berhampiran sebuah taman pemuliharaan harimau di sini, negeri Rajashtan.
Resort tersebut dikawal ketat manakala skrin buluh dan kaca diletakkan bagi menghalang orang ramai dan lensa wartawan daripada menembusinya.
Namun, pihak media melabelkan tema perkahwinan mereka sebagai 'perkahwinan rimba'.
Kedua-dua bakal mempelai itu tiba di Mumbai pada Rabu lepas sebelum berlepas ke Rajasthan dan menuju Ranthambore, salah sebuah taman pemuliharaan harimau terbesar dan paling popular di India.
Sekitar 100 tetamu dijangka menghadiri majlis perkahwinan pasangan selebriti berkenaan termasuk Puteri Pop, Rihanna dan Raja Rap, P. Diddy.
Sementara itu, satu pergaduhan kecil berlaku membabitkan beberapa jurugambar bergaduh dengan pengawal peribadi Brand selepas mereka dikatakan mengekori selebriti dengan terlalu rapat. - AFP

No comments:

Post a Comment