Pages

Thursday, October 21, 2010

Ibu mati hidup semula

BORDEAUX: Seorang wanita Perancis yang diisytihar ‘mati secara klinikal’ di sebuah hospital tiba-tiba sedar semula beberapa jam selepas anak-anaknya enggan mematikan mesin sokongan hayat, semalam.
Sebelum itu, doktor di Hospital Rive Droite sedang menyiapkan peralatan bagi menjalankan rawatan kemoterapi ke atas Lydie Paillard, 60, apabila wanita itu tidak sedarkan diri secara mengejut.

Pengarah hospital itu, Yves Noel, berkata seorang doktor kemudian berusaha menyedarkan Lydie dan dia disambungkan dengan mesin sokongan hayat.

“Selepas berunding dengan pakar perubatan, mereka memaklumkan kepada waris Lydie bahawa wanita itu hampir pasti tidak mampu diselamatkan,” katanya.

Bagaimanapun, kata Noel, anak-anak Lydie enggan memberi kebenaran kepada hospital mematikan alat bantuan hayat itu dan Lydie dipindahkan ke sebuah hospital universiti di barat daya Perancis.

Di situ, kata Noel, doktor menjalankan imbasan dan mendapati sebenarnya otak Lydie belum mati.
Difahamkan, doktor yang memeriksa Lydie tersilap ketika menganggapnya ‘mati’.

Sementara itu, Lydie berkata, kejadian menimpanya itu adalah luar biasa.

“Apa yang saya ingat, selepas disuntik alat mencegah muntah sebelum rawatan kemoterapi, saya berasa tidak sihat.

“Saya berasa sangat lesu berbanding rawatan sebelum ini,” katanya selepas 14 jam tidak sedarkan diri.

Menurut Lydie, anak lelakinya memberitahu doktor mahu mematikan sambungan alat sokongan hayat dipasang padanya.

“Saya tidak pasti apa sebenarnya berlaku, tapi anak-anak saya pasti terkejut,” katanya.

Sementara itu, pentadbiran hospital itu mencadangkan keluarga Lydie berjumpa dengan pasukan perubatan yang merawatnya bagi membincangkan isu ‘masalah komunikasi’ itu. - AFP

No comments:

Post a Comment