Pages

Saturday, October 2, 2010

Hanuman jadi pengawal khas Sukan Komanwel Ke-19



NEW DELHI - Sukan Komanwel Ke-19 di New Delhi, India pada 3-14 Oktober ini turut menyaksikan kehadiran Hanuman yang diupah khas untuk menghalau monyet dan anjing liar yang sering mengganggu lokasi sukan itu berlangsung. 

Majlis Perbandaran New Delhi mengesahkan bahawa 38 langur Hanuman (gray langur) diupah khas untuk mengawasi lokasi sukan berprestij itu, khususnya di Stadium Talkatora yang menjadi tempat sukan renang dan Stadium Shivaji yang dijadikan tempat bagi latihan hoki. 

"Monyet dan anjing liar memang menjadi gangguan besar di New Delhi dan kami mengupah 38 langur Hanuman terlatih yang akan menghalau binatang liar itu," kata jurucakap majlis perbandaran itu pada Isnin lalu. 

Pasukan pengawal khas juga ditugaskan menangkap monyet dan anjing liar di lokasi-lokasi acara sukan sepanjang Sukan Komanwel.

No comments:

Post a Comment