Pages

Tuesday, October 26, 2010

Gempar Siti Balqis ghaib lagi



Oleh Mohammad Ishak
bhkt@bharian.com.my
2010/10/26

Siti  Balqis Mohd Nor
Siti Balqis Mohd Nor
SMS diterima dakwa gadis misteri dibawa lari jin ke Gunung Jerai

JERTIH: Gadis misteri, Siti Balqis Mohd Nor, 22, dari Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini sekali lagi menggemparkan ahli keluarganya apabila dia kembali ghaib sejak malam kelmarin dan belum ditemui hingga malam tadi.
Malah, kehilangan gadis terbabit kali ini lebih membingungkan apabila buat pertama kalinya dikatakan berada di lokasi paling jauh dari rumahnya.
Siti Balqis, yang mula menunjukkan perubahan dan tidak hilang dalam tempoh 15 hari lalu selepas mendapat rawatan perubatan secara Islam daripada beberapa pengamal perubatan, ghaib semula jam 9 malam kelmarin dan dikatakan disembunyikan di Gunung Jerai, Kedah.

Kejadian ghaib itu adalah yang pertama selepas pengamal perubatan Islam termasuk penasihat agama program Alam Ilmu Ghaib TV3, Sharhan Shafie datang merawat beliau kali kedua minggu lalu.

Ibunya, Norizan Said, 47, berkata apa yang ganjil sebelum Siti Balqis hilang malam kelmarin, sebiji bola batu berwarna hijau tiba-tiba terjatuh di dalam rumahnya menyebabkan ahli keluarga terkejut dan masing-masing berebut untuk melihatnya.

“Ketika mereka berebut untuk melihat bola itu, dalam sekelip mata Siti Balqis hilang. Misteri bola batu yang jatuh itu mungkin sebagai umpan oleh jin yang didakwa menjaga Siti Balqis untuk melalaikan orang ramai yang berada di dalam rumah ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Norizan berkata, selepas kehilangan itu, gerakan mencari dilakukan penduduk termasuk di tempat yang pernah Siti Balqis ditemui seperti di atas pokok, di atas siling, atas bumbung dan di kawasan gua Bukit Keluang, tetapi gagal.

“Sehingga jam 10 malam ini (semalam) Siti Balqis masih belum ditemui dan ini adalah kehilangan (ghaib) paling lama berbanding sebelum ini yang mana dia dijumpai semula selepas beberapa jam ghaib,” katanya.

Norizan berkata, pada jam 5 pagi semalam dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Siti Balqis yang mendakwa berada di Gunung Jerai yang dibawa oleh jin berbulu lebat.

Katanya, seluruh ahli keluarga kini dalam kebingungan kerana Siti Balqis gagal dikesan di tempat biasa dan mungkin benar-benar berada di Gunung Jerai seperti diberitahunya menerusi SMS.

Norizan berkata, sudah menjadi tabiat Siti Balqis membawa telefon bimbitnya yang diletakkan di dalam poket seluar dan akan mengirimkan SMS kepada ibunya apabila dighaibkan jin.

Sementara itu, Sharhan ketika mengadakan sesi rawatan sesi kedua Ahad lalu berkata, Siti Balqis akan menghadapi cabaran dalam tempoh 21 hari dan semalam genap 14 hari menerima rawatan secara Islam sebelum terus ghaib hingga sekarang.

Norizan berkata, dia juga tidak melaporkan kes kehilangan anak sulung daripada empat beradik itu kepada polis kerana yakin anaknya akan dikembalikan semula oleh jin berdasarkan pengalaman dalam kejadian sebelum ini.

3 comments:

  1. AGAKNYA JIN TU DAH JATUH CINTA KAT BALQIS KOT,
    PASAI TU DIA SELALU BAWA LARI BALQIS.
    MUNGKIN DIA TAK TAU BALKIS BOLEH SMS
    KAT MAK AYAH DIA.SYOK JUGA KAT BALKIS DAPAT JALAN2 PI GUNUNG JERAI.
    DARI BESUT PI GUNUNG JERAI LEBIH KURANG 500 KM.NAIK KERETA SEPARUH HARI HILANG DALAM PERJALANAN.BALQIS
    PERGI SEKELIP MATA SAHAJA.MUJOQ
    BALQIS BAWA HANDSET KALAU TIDAK SIAPAPUN TAK TAHU KEMANA JIN BAWA LARI BALQIS.PESAN UNTUK BALQIS BAWALAH H/SET KEMANA-MANA.

    ReplyDelete
  2. Dulu jin bawa istana Balqis sekarang dengan Balqis sekali dia bawa.Jangan-jangan jin yang sama.ha ha

    ReplyDelete
  3. hm.. harap jin tersebut 'ghaibkan' mat mat rempit yang berkeliaran kat kl nih

    ReplyDelete