Pages

Tuesday, October 12, 2010

Facebook atasi muzik


SYDNEY - Muzik bukan lagi kaedah ekspresi diri dan menajdi pilihan utama golongan muda kerana mereka kini lebih gemar menggunakan laman sosial seperti Facebook, menurut satu kaji selidik di Australia yang didedahkan semalam.
Semasa ditanya mengenai pengenalan diri terhadap sejumlah golongan muda, jawapan paling popular yang diterima ialah rakan-rakan yang merujuk sahabat di dalam talian.
Jawapan itu meminggirkan muzik buat kali pertama sebagai pilihan utama golongan muda.
Penemuan itu diperoleh menerusi Kaji Selidik Pasaran Bandar.
"Hasil kajian kali ini agak memeranjatkan," kata Ketua eksekutif firma media LifeLounge Group, Dion Appel yang menaja kaji selidik tersebut.
Ia melibatkan lebih 1,750 warga Australia berusia 16 tahun hingga 30 tahun.
Katanya, Facebook merupakan laman web nombor satu yang dilawati oleh semua responden dengan 47 peratus mengakui mereka menghabiskan masa lima jam atau lebih pada setiap minggu di laman sosial berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment