Pages

Sunday, October 24, 2010

Dikurung dua anak



Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my
2010/10/24

TIONG Peng dikurung sejak tiga bulan lalu di garaj rumah sewa di Taman Intan, Alor Setar.
TIONG Peng dikurung sejak tiga bulan lalu di garaj rumah sewa di Taman Intan, Alor Setar.
Warga tua dibiar hidup daif dalam garaj 

ALOR SETAR: Malang nasib seorang warga emas berusia 66 tahun apabila dua anak kandung sanggup mengurungnya di dalam garaj berjeriji di rumah sewa di Taman Intan, Jalan Datuk Kumbar di sini, selama tiga bulan sehingga diselamatkan polis.
Dua anaknya yang tinggal di Naka, Kuala Nerang dan Pulau Pinang hanya sekali-sekala melawat Lee Tiong Peng yang tidur, makan serta membuang air besar dan kecil di situ. Malah mereka juga mengunci rumah sewa itu.
Ketua Kampung Taman Sri Taman, V Kumar, berkata dia menerima aduan beberapa penduduk taman berkenaan mengenai nasib Tiong Peng kelmarin dan meminta penduduk membuat laporan kepada pihak berkuasa. 

“Saya dimaklumkan seorang penduduk taman ini yang bersimpati dengan Tiong Peng kerana dia dikurung sejak tiga bulan lalu. Dia terpaksa makan, tidur dan buang air kecil dan besar di garaj kerana anak-anaknya mengunci pintu rumah berkenaan. 

“Tindakan mereka sungguh zalim kerana membiarkan bapa mereka tinggal seorang diri di situ. Difahamkan, mereka datang sekali sekala untuk menjenguk bapa mereka,” katanya yang ditemui di sini, semalam. 

Beliau berkata, nasib Tiong Peng agak baik kerana dia menerima bantuan jiran yang memberinya makan dan minum setiap hari. 
Kumar berkata, penduduk taman itu membuat aduan kepadanya kerana tidak tahan bau busuk kerana warga tua berkenaan terpaksa membuang air kecil dan besar di situ.

No comments:

Post a Comment