Pages

Saturday, October 9, 2010

78 pasangan pilih 10.10.10 naik pelamin


MENUNGGU HARI ISTIMEWA: Cik Shahidah bersama bakal suaminya, Encik Mohd Shaffiq, sibuk menyiapkan barang hantaran mereka bagi melangsungkan hari perkahwinan mereka pada 10.10.10. - Foto KHALID BABA


DENGAN tarikh yang menarik dan mudah diingati seperti 10.10.10, siapa yang tidak mahu mengambil kesempatan memilih esok bagi melangsungkan majlis masing-masing, terutama majlis perkahwinan.


Tidak mengejutkan jika seramai 78 pasangan Islam mendaftar untuk bernikah pada tarikh istimewa itu esok.Naib Kadi, Ustaz Firdaus Yahya, berkata pada Ahad biasanya sekitar 40 pasangan melangsungkan perkahwinan tetapi pada 10.10.10 jumlahnya meningkat.Naib Kadi, Ustaz Hassan Salim, berkata beliau akan menikahkan empat pasangan pada tarikh itu berbanding hanya satu atau dua pada Ahad biasa.'Kadang-kadang tiada pasangan yang saya nikahkan pada Ahad sebelumnya,


' ujarnya.Naib Kadi Syakir Pasuni pula menyatakan bahawa dalam Islam tiada hari-hari tertentu yang dilarang melangsungkan pernikahan.'Pasangan bebas memilih tarikh perkahwinan. Islam menggalakkan perkahwinan dan yang penting ia membawa berkat,


' ujar Ustaz Syakir.Malah para naib kadi juga menjangkakan tarikh 1.1.11 dan 11.11.11 bakal menjadi rebutan pasangan pada tahun depan.Seorang ibu pengantin, Cik Eton Sirin, 50 tahun, yang bakal melangsungkan perkahwinan anaknya, Cik Wahidah Jumrin, 26 tahun, esok, berkata:


'Tarikh 10.10 dipilih oleh anak saya kerana itu adalah tarikh lahirnya.'Anak saya memilih tarikh itu sejak menengah empat dan berangan-angan tarikh kahwinnya jatuh pada 10.10.10.'Kini impiannya terkabul.'


Bagi pasangan pengantin Encik Mohd Shaffiq Mohd Ilias, 27 tahun, dan Cik Shahidah Hamidi, 21 tahun, pula mereka memilih tarikh ini secara kebetulan.'Kami merancang berkahwin tahun depan. Tetapi setelah berbincang untuk mempercepatkannya pada tahun ini adalah baik kami memilih tarikh yang cantik ini,


' ujar Encik Mohd Shaffiq.Namun bagi satu lagi pasangan pengantin, Encik Ali Sadikin, 31 tahun dan Cik Noraisyah Muda, 25 tahun, memilih tarikh tersebut untuk mudah mengingati tarikh perkahwinan


.'Saya teringat nasihat rakan sekerja saya yang telah berkahwin lebih 15 tahun supaya pilih tarikh yang senang diingat kerana beliau sering lupa tarikh pernikahannya


.'Ini akan menimbulkan masalah antara pasangan yang lupa tarikh penting dalam hidup mereka,


' ujar Encik Ali.Para pasangan ini juga mendapati sukar untuk mendapatkan tempahan katering dan deejay pada tarikh tersebut.Seorang katerer, Encik Mushrir Ayob, berkata:'Saya menerima tempahan seawal dua tahun lalu bagi tarikh ini. Lepas bertunang mereka terus membuat tempahan kerana tahu tarikh yang istimewa ini.





'Jurucakap syarikat ZY Soundbites pula berkata: 'Mereka meminta kami lakukan yang istimewa dalam persembahan kami pada tarikh istimewa ini. Kami memikirkan sesuatu yang kreatif untuk pelanggan kami.'














No comments:

Post a Comment