Pages

Saturday, October 23, 2010

10 bulan arak mayat

COSTA MESA: Seorang wanita California mendakwa, dia tidak tahu apa perlu dilakukan apabila rakannya - seorang wanita merempat - meninggal dunia dalam keretanya, memaksa dia membiarkan mayat itu berada dalam kenderaannya berbulan-bulan.
Untuk mengelak bau, wanita terbabit menyimpan mayat berkenaan bersama sekotak serbuk soda.

Jurucakap polis Costa Mesa berkata, mereka menemui mayat wanita tidak dikenali itu pada Selasa lalu selepas mendapat aduan sebuah kenderaan menghalang laluan.

Katanya, apabila anggota polis menyiasat kereta itu, mereka terhidu bau busuk dan ternampak sebelah kaki manusia terkeluar dari sehelai selimut.

“Polis kemudian terkejut apabila mendapati ada mayat yang sebahagiannya terawet yang tinggal tulang dan kulit seberat kira-kira 14 kilogram,” katanya, semalam.

Pihak berkuasa menolak kemungkinan ada unsur jenayah berlaku ke atas wanita terbabit apabila meneliti laporan bedah siasat dibuat hospital.
Bagaimanapun, kata jurucakap itu, polis masih menyiasat apa peranan dimainkan pemilik kereta itu.

Wanita itu memberitahu polis, dia bertemu wanita merempat itu di kawasan taman berhampiran Fountain Valley dan membenarkannya tidur dalam keretanya.

Namun, apabila wanita merempat itu mati 10 bulan lalu, pemilik kereta berkenaan mendakwa takut untuk melaporkannya kepada polis.

Jurucakap polis berkata, pemilik kereta berusia 57 tahun itu juga sebenarnya tidak memiliki rumah dan terpaksa menumpang dengan rakannya.

“Dengan kesukaran hidup dialaminya, wanita terbabit bimbang dituduh bertanggungjawab atas kematian kenalannya itu,” katanya. - AP

No comments:

Post a Comment