Pages

Monday, September 6, 2010

Terpaksa pakai pelapik tuala wanita



SAYA ada masalah mengenai kemaluan yang mengeluarkan cecair berwarna putih dan sedikit coklat. Saya tidak mengetahui puncanya.
Saya terpaksa memakai pelapik tuala wanita kerana kandungan cecair itu banyak, tetapi saya tidak menghadapi sebarang kegatalan.
Perkara ini berterusan dan saya sangat tidak selesa kerana sebelum ini ia tidak pernah berlaku.
Untuk pengetahuan doktor, setiap kali saya mengangkat benda berat di tempat kerja cecair itu keluar seperti saya didatangi haid.
Saya juga tidak suka memakai seluar dalam dan lebih suka memakai seluar longgar, boxer.
Cairan itu juga berbau busuk, apa yang perlu saya lakukan? Saya juga melakukan ibadat puasa dan solat seperti biasa. Adakah sah solat dan puasa saya?
ANA
Seksyen 24, Shah Alam
MUNGKIN anda mengalami jangkitan kuman, mungkin juga ia lendir daripada ketulan seperti polip yang keluar melalui serviks (pintu rahim).
Jika anda sudah menjalani hubungan seksual, doktor dapat melakukan pemeriksaan dalaman menggunakan alat spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj untuk melihat sendiri keadaan permukaan dinding faraj dan pintu rahim.
Ciri cecair terbabit juga dapat dinilai, lazimnya jenis jangkitan atau penyakit dapat diketahui. Pada masa sama, sedikit sampel dapat diambil dan dihantar untuk kultur, ia mengambil masa beberapa hari untuk mengetahui jenis kuman, bilangan kuman, jenis ubat yang sesuai dan jenis ubat yang tidak sesuai.
Sekiranya anda masih dara, doktor masih boleh mengambil sedikit sampel menggunakan alat seperti putik kapas yang dimasukkan menerusi lubang pada tengah selaput dara sedalam kurang daripada satu sentimeter iaitu bahagian bawah faraj saja.
Persoalan sah ibadat lebih elok diajukan kepada yang lebih berilmu dalam bidang keagamaan. Mungkin pendapat saya betul iaitu boleh meneruskan ibadah.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment