Pages

Thursday, September 30, 2010

Tawaran istimewa kaki judi





KUALA LUMPUR 29 Sept. - Demi memastikan kepuasan pelanggan dan kerana persaingan, sebuah pusat perjudian komputer haram di Taman Bolton, Batu Caves dekat sini sanggup menyediakan jamuan makan untuk mereka.
Pemilik premis turut menawarkan talian aduan pelanggan sekiranya mereka tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan.
Ini terbukti dengan notis yang tertera di luar premis iaitu 'Jamuan makan untuk pelanggan: Untuk menghargai sokongan anda, kami menyediakan jamuan harian dari pukul 10-11 malam. Sila datang beramai-ramai'.
Sekeping lagi notis di sebelah pula memaparkan nombor talian bagi mereka yang ingin mengadu kedai tidak bersih, pekerja tidak sopan atau lambat memasukkan mata kemenangan pelanggan.
Premis terbabit adalah antara tiga pusat perjudian berselindung di sebalik lesen kafe siber yang diserbu sepasukan anggota polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap, Maksiat (D7) Bukit Aman, pukul 11.45 malam tadi.
Meskipun ketiga-tiga premis berkenaan terletak dalam jarak 20 meter antara satu sama lain, tetapi dipercayai dimiliki pemilik berbeza.
Pegawai yang mengetuai operasi itu, Supritendan Mazley Minhad berkata, pihaknya menahan empat individu termasuk dua warga asing.
"Tiga daripadanya merupakan pekerja di ketiga-tiga premis manakala seorang pemuda berusia 19 tahun adalah pelanggan," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini.
Mazley memberitahu, polis turut merampas 102 unit komputer dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000 yang diubah suai menjadi mesin judi.

No comments:

Post a Comment