Pages

Wednesday, September 15, 2010

Sekatan bukan jenaka: Akbar

TEHERAN: Bekas Presiden Iran, Akbar Hashemi Rafsanjani (gambar) semalam mendesak pegawai negara itu supaya tidak menganggap sekatan antarabangsa terhadap negara itu sebagai jenaka.
Katanya, republik Islam itu berdepan dengan ‘serangan’ paling buruk dalam sejaranya daripada masyarakat antarabangsa.
“Sejak revolusi, kita tidak pernah berdepan dengan begitu banyak sekatan terhadap Iran dan saya menggesa pegawai Iran supaya menangani sekatan ini secara serius. Ia bukan jenaka,” kata Akbar ketika berucap di Dewan Ulama yang bertanggungjawab menyelia tugas pemimpin tertinggi negara itu.

Ulama berpengaruh itu yang mengetuai dewan berkenaan dan kini dilihat sebagai penyokong pembangkang berkata, Iran belum pernah berada dalam situasi seperti ketika ini sejak revolusi Islam pada 1979.

“Sepanjang 30 tahun lalu kita berdepan dengan peperangan dan ancaman ketenteraan tetapi tidak pernah kita melihat satu rancangan tersusun untuk menyerang kita seperti yang wujud sekarang,” katanya.

“Belum pernah begitu banyak ketetapan diluluskan oleh institusi antarabangsa dan kerajaan asing terhadap Iran,” katanya.

Pada 9 Jun lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenakan sekatan keempatnya terhadap Iran kerana program nuklearnya.

Ia disusli dengan sekatan oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Australia, Kanada, Jepun dan Korea Selatan. - AFP

No comments:

Post a Comment