Pages

Friday, September 10, 2010

RM155 bilion pampasan milik Palestin



KAHERAH - Penduduk Palestin layak menerima pampasan sehingga AS$50 bilion (RM155 bilion) di bawah mana-mana perjanjian damai dengan Israel. 

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul-Gheit dalam satu wawancara dengan televisyen tempatan. 

Bagaimanapun, Ahmed tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kenyataan itu dan beliau juga tidak menyatakan pihak yang sepatutnya membayar pampasan itu. 

Beliau berkata, bayaran itu boleh diperuntukan untuk membangunkan infrastruktur di negara Palestin dan sebagai pampasan kepada penduduk yang kehilangan tanah akibat dirampas Israel.: 

Ahmed juga menegaskan permintaan Israel untuk dikenali sebagai negara Yahudi adalah satu kemahuan yang membimbangkan berikutan jumlah penduduk bangsa Arab yang semakin meningkat di Israel. 

"Bangsa Arab membentuk 20 peratus daripada penduduk Israel, apa akan berlaku jika jumlah mereka meningkat sehingga 30 peratus dalam masa 25 tahun akan datang?." katanya.

No comments:

Post a Comment