Pages

Wednesday, September 1, 2010

Puting beliung api melanda Hawaii


GAMBAR menunjukkan asap dan api seperti puting beliung di sebuah kawasan hutan di Pulau Besar, Hawaii, baru-baru ini.


HONOLULU – Fenomena puting beliung api berlaku dekat sebatang jalan raya utama di Hawaii dan ia berjaya dirakamkan menerusi kamera, lapor sebuah akhbar semalam.
Putaran asap hitam yang tebal dilihat berpusing dalam bentuk pusaran ketika api menjulang setinggi 6.09 meter dari permukaan tanah, baru-baru ini.
Puting beliung api tersebut memusnahkan tanah seluas 566 hektar dan ia terus membakar beberapa bahagian di pulau itu.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Turut dikenali sebagai syaitan api, puting beliung api itu berlaku apabila api berdepan dengan satu pusaran vertikal.
Puting beliung itu turut berlaku apabila satu bahagian udara panas diselaputi oleh api sekali gus menyebabkan tekanan rendah di permukaan bumi.
Udara yang lebih sejuk kemudian memasukinya menyebabkan pusaran berlaku manakala api menjulang tinggi.
Pada 1923. satu puting beliung api terjadi disebabkan gempa bumi kuat di Tokyo. Dalam kejadian itu, seramai 38,000 orang terbunuh. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment