Pages

Saturday, September 4, 2010

Pesawat pengebom terbenam akan ditimbulkan




GAMBAR model pesawat pengebom yang terbenam di beting pasir Goodwind.


LONDON - Sebuah pesawat pengebom tentera Jerman berusia 70 tahun yang ditemui di tebing pasir Goodwind, di luar pantai Deal, Kent, Britain dua tahun lalu akan ditimbulkan untuk dipamerkan, kata seorang jurucakap Muzium Tentera Udara Diraja Britain.
Pesawat itu yang ditembak jatuh semasa satu pertempuran pada 26 Ogos 1940 ditemui setelah pukat sebuah bot ikan tersangkut pada pesawat berkenan yang terbenam di beting pasir.

GAMBAR menunjukkan sebuah pesawat pengebom tentera Jerman yang terbenam di beting pasir Goodwind di luar pantai Del, Kent, Britain dua tahun lalu.


Pesawat yang terbenam itu mempunyai dua enjin yang dikenali sebagai Dornier 17.
Sejak penemuan itu, pihak pengurusan Muzium Tentera Udara Diraja Britain telah bekerjasama dengan Arkeologi Wessex untuk melakukan kajian sepenuhnya di lokasi tersebut. - Agensi
Kosmo

No comments:

Post a Comment