Pages

Sunday, September 19, 2010

Pemandu meninggal pundisaman warden trafik


NEW YORK - Seorang pemuda Amerika Syarikat yang telah meninggal dunia di dalam kereta pacuan empat rodanya masih diberikan tiket saman kerana kesalahan meletak kenderaan, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Nicholas Rappold, 21, dipercayai mati kerana terlebih mengambil ubat berada di tempat duduk pemandu kereta Jeep Cherokee di sini sebelum ditemui kemudian oleh seorang rakannya.
Menyedari kenderaan itu berada di kawasan tersebut melebihi waktu ditetapkan, seorang penguat kuasa lalu lintas dikatakan datang dan meletakkan tiket saman pada cermin gelap bahagian hadapan kenderaan berkenaan.
"Kami kesal dengan kejadian ini. Paling tidak pun warden itu sepatutnya mengetuk tingkap kereta untuk memeriksa keadaan pemandu," kata sepupu mangsa, Patrick Hill. - Agensi

No comments:

Post a Comment