Pages

Monday, September 13, 2010

Karzai tidak mahu Afghanistan dipersalah




KABUL - Presiden Hamid Karzai tidak mahu Afghanistan terus dijadikan kambing hitam dan dituduh sebagai tempat asal-usul puak pengganas Taliban. 

Karzai menyatakan demikian, kelmarin, dalam ucapan sempena memperingati tragedi serangan ke atas bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York, sembilan tahun lalu. 

"Selagi masyarakat dunia terus memberi fokus kepada Afghanistan sebagai tempat kelahiran pengganas Taliban, nyawa orang awam di negara ini terus berada dalam bahaya. 

"Biar saya ulangi bahawa Afghanistan sudah bebas daripada pemerintahan Taliban sejak 2001," katanya. 

Pada pandangan Karzai, tumpuan harus diberikan kepada tempat sebenar pengganas Taliban beroperasi; tetapi dia tidak menye-but Pakistan sebagai negara yang dimaksudkannya. 

"Saya menggesa tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) meningkatkan kawalan bagi menjamin keselamatan orang awam di Afghanistan," katanya.

No comments:

Post a Comment