Pages

Tuesday, September 7, 2010

Golongan andartu di Iraq kian meningkat

BAGHDAD - Ramai wanita yang berumur lebih 30 tahun tidak berkahwin di Iraq akibat keganasan dan peperangan di negara itu yang tidak pernah berakhir.
Peperangan selama tujuh tahun itu menyebabkan ramai golongan lelaki selain memusnahkan rangkaian sosial masyarakatnya.
Orang ramai takut untuk keluar rumah, sekali gus peluang untuk bertemu pasangan menjadi sangat terhad.
Seorang tukang jahit, Nidal Haidar, 38, sudah berputus asa untuk mencari jodoh.
"Tiada siapa yang ingin melamar saya kerana semua lelaki sekarang mahukan isteri yang kaya atau muda.
"Saya juga jarang keluar rumah," kata Nidal.
Dalam masyarakat konservatif seperti Iraq, golongan wanita harus berkahwin semasa usia masih remaja atau berada dalam lingkungan awal 20-an.
Nidal dan dua beradik perempuannya yang belum berkahwin tinggal bersama ibu bapa mereka di Bandar Sadr. "Perang telah membunuh segala peluang saya untuk berkahwin. Saya kini tidak lagi berfikir mengenainya," kata Hidal.
Seorang lagi wanita, Fayhaa Jalil, 39, tidak berkahwin dan menganggur dan dia kini tinggal bersama keluarga abangnya.
Di kawasan perumahan Fayhaa, kurang 50 buah rumah dihuni penduduk.
Penduduk lain di kawasan tersebut sudah melarikan diri akibat perbalahan antara golongan bermazhab Syiah dan Sunah.
"Siapa akan melihat saya jika jiran saya pun tiada? Perang, keganasan dan persengketaan mazhab menjadi punca (dia tidak berkahwin). Tidak ada tempat awam yang sesuai untuk orang bujang seperti saya bertemu dengan seseorang dan berkahwin," kata Fayhaa. - AP

No comments:

Post a Comment