Pages

Thursday, September 30, 2010

Gempa bumi gegar Laut Banda, Indonesia dan Volcano Islands, Jepun

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Irian Jaya, Indonesia, 645km tenggara Ambon, Indonesia dan 2,035km tenggara Tawau, Sabah, pada awal pagi ini.
Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, koordinat gempa bumi yang berlaku pada pukul 1.10 pagi itu adalah 5.0 darjah selatan dan 133.9 darjah timur. Sementara itu, tiga gempa bumi sederhana, yang setiap satu berukuran 5.3 pada skala Richter, dilaporkan berlaku iaitu dua di Laut Banda, Indonesia dan satu di Volcano Islands, Jepun hari ini.
Gempa bumi pertama menggegarkan Laut Banda pada jam 3.06 pagi di lokasi 431km tenggara Ambon, Indonesia dan 1,89 tenggara Tawau, manakala, yang kedua pada pukul 4.08 pagi di 473km tenggara Makassar, Indonesia, dan 1,332km tenggara Sarikei, Sarawak.

Gempa bumi di Volcano Islands, Jepun berlaku di kedudukan 1,287km tenggara Tokyo, Jepun dan 3,206km timur laut Sandakan, Sabah, Gegaran gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami, menurut kenyataan itu.-Bernama

No comments:

Post a Comment