Pages

Saturday, September 4, 2010

Gambar beg tangan Chanel Paris di Twitter





LOS ANGELES - Aktres Paris Hilton sebenarnya pernah menyiarkan gambar sebuah beg tangan di laman Twitter yang didakwa pihak berkuasa mengandungi kokain sehingga menyebabkan dia ditangkap di Las Vegas, baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia turut dikenakan dakwaan memiliki kokain selepas ditangkap pihak polis.
Hilton semasa membela dirinya turut menyatakan beg tersebut bukan miliknya tetapi ia kepunyaan seorang rakan wanitanya.
Bagaimanapun, gambar beg tangan tersebut telah disiarkan di laman Twitter pada 15 Julai lalu.

LAMAN Twitter Paris Hilton 
menunjukkan beg tangan Chanel yang didakwa polis mengandungi kokain.


Hilton yang pernah membintangi siri televisyen The Simple Life turut menyiarkan mesej di laman itu semasa imej beg tangan tersebut disiarkan.
Mesej itu menyatakan bahawa ia merupakan beg tangan baru jenama Chanel yang disayanginya.
Laman web Radaronline mendakwa gambar itu merupakan beg yang dibawa Hilton semasa dia ditangkap atas dakwaan memiliki kokain di Las Vegas pada Sabtu lalu.
Bukti itu mungkin akan mengejutkan Hilton kerana dia sebelum ini mendakwa beg tersebut bukan miliknya.
Beg Chanel itu turut dilihat dibawa Hilton semasa dia berparti di St. Tropez, Perancis pada 25 Julai lalu. - Agensi

No comments:

Post a Comment