Pages

Sunday, September 26, 2010

Gajah putih muncul petanda Myanmar aman, bebas



GAMBAR menunjukkan seekor gajah putih (kiri) diiringi seekor gajah pengawal ketika dibawa ke sebuah kuil di Yangon kelmarin.


YANGON - Penangkapan seekor gajah putih disifatkan sebagai satu petanda positif kepada pilihan raya umum akan datang yang kali pertama diadakan dalam tempoh 20 tahun di Myanmar setelah dikuasai oleh junta tentera.
Gajah dianggarkan berusia 18 tahun dan setinggi 216 sentimeter itu ditangkap Khamis lalu di negeri Rakhine. Ia menjadi gajah putih kelima yang ditangkap dalam tempoh sedekad, lapor akhbar yang dikuasai kerajaan, New Light of Myanmar.
Akhbar itu menyatakan bahawa penangkapan gajah itu sebagai tanda bahawa Myanmar akan aman dan bebas daripada segala bahaya. Sementara rakyatnya akan menikmati lebih banyak kemajuan dan kemakmuran.
"Ia satu tuah apabila seekor gajah putih yang jarang dijumpai muncul ketika Myanmar dalam transisi menjadi sebuah negara demokratik. Justeru, pilihan raya akan berlangsung dalam keadaan aman dan berjaya," jelas akhbar itu.
Gajah putih betina keempat berusia 28 tahun juga ditangkap di hutan Rakhine. Ia diberi sambutan istimewa ketika dibawa ke pusat pentadbiran di Naypyitaw. Gajah itu tinggal berhampiran pagoda Upptasanti di Yangon.
Sementara tiga ekor lagi gajah putih yang ditangkap sebelum ini dipelihara di taman khas di sini. Taman itu dilengkapi dengan air terjun buatan, tasik dan pokok-pokok. - AP

No comments:

Post a Comment