Pages

Monday, September 13, 2010

Empat maut tembung bas

KUANTAN: Dua pasangan suami isteri terbunuh ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri dalam dua dalam kemalangan ngeri di Pahang dengan satu pasangan maut dalam keadaan mengerikan apabila kedua-duanya terperosok di bawah bas ekspres dua tingkat Transnasional selepas kereta dinaiki dirempuh kenderaan berat itu di Kilometer 22.8, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat Gambang, awal pagi Jumaat lalu.


REMUK...keadaan kereta yang terperosok di bawah bas ekspres.
REMUK...keadaan kereta yang terperosok di bawah bas ekspres.



sebelum  -  selepas

NGERI...pegawai penyiasat polis  memeriksa kereta Proton Wira yang dinaiki Ahmad Indra dan isterinya.




NGERI...pegawai penyiasat polis memeriksa kereta Proton Wira yang dinaiki Ahmad Indra dan isterinya.
Mayat mangsa, Ahmad Indra Sujud, 32, dan isterinya, Lans Koperal Zuraidah Mahmad, 31, terpaksa dikeluarkan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuantan serta Taman Tas dalam kejadian jam 3.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha berkata, Ahmad Indra yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), manakala isterinya yang juga anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuala Terengganu, Terengganu untuk menyambut Aidilfitri apabila terbabit dalam kemalangan itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira yang dipandu Ahmad Indra dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar penghadang besi menyebabkan kenderaanya melintang di tengah jalan sebelum dirempuh bas ekspres berkenaan.

Zulkifli berkata, siasatan turut mendapati rempuhan kuat itu mengakibatkan kereta mangsa diseret sejauh kira-kira 20 meter.

“Pasangan itu yang belum dikurniakan cahaya mata meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.
“Pada masa sama, sebuah kereta lain iaitu Nissan Sentra yang datang dari arah sama turut merempuh belakang bas berkenaan, tetapi pemandu serta penumpangnya tidak cedera.

“Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit berikutan kereta mereka terperosok di bawah bas,” katanya.
Dalam satu lagi kejadian di di Kilometer 358 Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu, dekat Raub, petang Khamis lalu, Adnan Ahmad, 43, dan isterinya, Adira Akhlak Ahmad, 36, berasal dari Ketereh, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat cedera di kepala manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta Proton Waja dinaiki bertembung dengan bas ekspres.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dua anak lelaki pasangan itu berusia 13 dan 14 tahun serta seorang anak perempuan berusia tujuh tahun cedera ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Raub (HR).

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsuddin Wan Osman, berkata ketika kejadian, lima sekeluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke kampung untuk bercuti menyambut hari raya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta dipandu Adnan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Katanya, kereta mangsa remuk di bahagian depan menyebabkan pasangan suami isteri itu tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Wan Mohd Samsuddin berkata, bas ekspres terbabit tidak membawa penumpang manakala pemandunya, Mohamad Nor Hamidi Ismail, 35, dari Teluk Gadung, Klang, Selangor tidak cedera.

No comments:

Post a Comment