Pages
▼
Wednesday, September 29, 2010
Bosnia khuatiri penyebaran fahaman melampau Wahabi
SARAJEVO: Serangan ke atas sebuah balai polis baru-baru ini telah meningkatkan kebimbangan mengenai penyebaran fahaman gerakan pelampau Wahabi di Bosnia, sebuah negara yang sememangnya berpecah dari sudut perkauman.
Pergerakan yang didakwa mengamalkan bentuk ajaran Islam tegar yang mengikut tafsiran literal Al-Quran itu telah wujud di sana sejak ia dibawa oleh para pejuang luar negara yang menyertai perang saudara Bosnia dari 1992 hingga 1995.'Menurut perangkaan agensi risikan kami, ada sekitar 3,000 pengikut Wahabi di Bosnia, tetapi ia tidak bermakna kesemuanya adalah pengganas,' kata Menteri Keselamatan Bosnia, Encik Sadik Ahmetovic.'Bagaimanapun, kami tidak boleh menafikan bahawa ada individu di kalangan mereka... yang boleh pada satu masa tertentu melakukan tindakan pengganasan.'Polis Bosnia mempunyai keupayaaan menangani ancaman itu.Masyarakat Islam Bosnia, yang membentuk kira-kira 40 peratus daripada anggaran 3.8 juta penduduk di negara itu, umumnya berfahaman Sunni sederhana.Semasa perang 1992 hingga 1995, sejumlah pejuang luar negara bergabung tenaga dengan askar Islam Bosnia. Mereka memperkenalkan fahaman Wahabi, yang juga dikenali sebagai ajaran Salafi, kepada Bosnia.Ketika ini terdapat kira-kira 20 kumpulan pelampau Islam di Bosnia, menurut anggaran Profesor Ahmet Alibasic, seorang profesor di Fakulti Sains Islam, Universiti Sarajevo.Semasa dihubungi melalui seorang pengantara, pemimpin masyarakat Salafi, Gornja Maoca, enggan bercakap dengan agensi berita AFP.Imam yang menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Raja Fahd di Sarajevo, yang dibiayai Arab Saudi, yang sering dilihat menarik minat pengikut Salafi, juga enggan mengulas artikel ini.Di depan masjid berkenaan, sekumpulan lelaki berjanggut, yang memakai pakaian tradisi Islam dengan seluar hingga ke pangkal betis, menjual buku-buku dan DVD Islam yang mengandungi ceramah-ceramah yang memuji-muji para pejuang mujahidin Islam.'Kami bukan Wahabi atau Salafi. Kami Muslim. Itu saja. Di sini orang ramai menciptakan pelbagai macam perkara,' kata seorang penjual muda kepada AFP yang enggan memberikan namanya. -- AFP.
No comments:
Post a Comment